Liverpool Di Malaysia 16 Julai Ini

Pasukan liverpool yang ditaja oleh Standard Chartered akan mengadakan perlawanan dengan pasukan negara di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Julai ini pada jam 5.45 petang. Yang menariknya, orang ramai berpeluang untuk memenangi tiket untuk menonton perlawanan ini!
Para penyokong Liverpool boleh menunjukkan sokongan mereka dengan satu applikasi mencipta avatar yang disertai mesej ringkas kepada pasukan Liverpool di samping berpeluang memenangi sepasang tiket. Berikut adalah cara-caranya :
Pergi ke Laman Liverpool Asia Tour, dan klik pada “Make Your Own Avatar”

Tuliskan mesej anda dan tekan send. Kemudian reka avatar anda dan submit.

Untuk memenangi tiket ke perlawanan tersebut, isikan maklumat anda dalam borang yang disediakan :

Seterusnya, untuk membantu anda memenangi hadiah tiket tersebut, anda hanya perlu mengajak rakan-rakan anda untuk mengundi mesej yang dihantar anda. 10 mesej dengan undi tertinggi berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan!
“Thank you Standard Chartered for bringing Liverpool live to Malaysians!”


