Iklan Percuma Di @Denaihati

Banyak kelebihan bagi mereka yang turut menyertai rakan denaihati sama ada di facebook, twitter atau mana-mana medium lain. Antara kelebihan yang sering didapati adalah contest-contest dengan hadiah menarik, peluang menyertai network, dan yang paling baru meletakkan iklan percuma di blog denaihati.

Kelmarin, denaihati ada menulis di facebook tentang memberi iklan percuma kepada blogger dan kebetulan aku tengah online. Sebanyak 5 orang blogger dipilih dalam satu masa untuk diletakkan banner 300×250 di blog denaihati selama 24 jam secara percuma. Daripada komen di blog denaihati, nampaknya ramai yang melepas peluang yang ditawarkan.

Tapi, akan datang insyaallah denaihati mungkin akan menawarkan lagi iklan ini kerana tempoh 24 jam yang sebelum ini telah pun berakhir. Jadi, kalau nak beriklan percuma di denaihati, jenguk-jenguklah facebook atau twitter denaihati. Terima kasih kepada denaihati bagi iklan percuma :)

Laman Nuffnang Pulih Semula

Setelah digodam semalam, laman nuffnang nampaknya sudah kembali pulih seperti biasa dan sudah boleh diakses oleh orang ramai. Laman Nuffnang yang semalam digodam oleh GaySec telah menyebabkan laman tersebut lumpuh sementara. Nampaknya pihak yang bertanggungjawab di Nuffnang telah menjalankan tugas mengembalikan laman tersebut dalam masa satu malam.

Antara perkara yang dikhuatiri oleh orang ramai adalah sama ada pendapatan mereka dengan pihak nuffnang terjejas atau tidak. Setelah pulih seperti sediakala, laman tersebut dilihat tidak mempunyai sebarang masalah dengan pendapatan blogger dan berfungsi seperti sediakala. Blogger-blogger boleh menarik nafas lega dengan berita ini. Namun, laman ping Gengblogger dilihat masih lagi tidak boleh diakses buat masa ini.

Nuffnang DiHack GaySec

Laman nuffnang yang popular dalam kalangan blogger telah digodam oleh GaySec. Selepas gengblogger digodam sebelum ini, laman nuffnang pula menjadi mangsa serangan kumpulan penggodam ini. Jika anda melayari laman nuffnang sekarang, anda akan mendapati ia hanya memaparkan ruang untuk memasukkan password sahaja.

GaySec telah pun melepaskan pengkalan data dan maklumat berkenaan godaman ini di laman mereka. Untuk melihat maklumat berkenaan boleh lihat disini. GaySec juga telah melepaskan maklumat database pihak nuffnang kepada umum.

Laman gengblogger yang turut sama sebelum ini digodam telah dilepaskan pengkalan data ahli mereka. Kini laman tersebut ditutup buat sementara waktu dan tidak boleh diakses. Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.