The Redesign

Selepas beberapa bulan lamanya blog ini diabaikan, sekarang ianya diaktifkan balik dengan design baru! Design yang lebih minimalist dan simple dengan konsep ala-ala beats. by. dr. dre ni nampak lebih kemas. Tagline “hatiku di penang” juga masih dikekalkan :)

Oleh sebab semua berita teknologi sekarang dah dialihkan ke blog beta.my, blog ini mungkin akan lebih fokus kepada personal, isu semasa dan sebarang perkara yang dirasakan menarik. Mungkin juga ditulis dalam bahasa inggeris mengikut mood.

Untuk sesiapa yang berminat mendapatkan maklumat mengenai informasi teknologi semasa, silalah lawat laman Beta.my, Facebook kami ataupun Twitter.

Ramadhan Buffet RM7.50 | “All u can eat”

Alhamdulillah dah hari kedua berpuasa. Biasanya time puasa, orang ramai akan pergi ke bazar. Semalam aku pergi ke bazar tapi mungkin satu kesilapan sebab pergi lewat pukul 6 petang. Terlalu ramai orang, tambah lagi bazar terletak betul-betul dihadapan UiTM Seri Iskandar. So harini bercadang makan di luar sahaja. Itu pun agak lewat keluar sebab tunggu member-member habis kelas pukul 7.

Tapi harini beruntung jumpa satu kedai yang menawarkan buffet murah. Hanya RM7.50 dan boleh makan sebanyak mana yang mampu. Tunggu sampai pukul 7 tapi last-last makan dengan arif je. Makanan dia kira sedap dan banyak jugak. Berbaloi dengan harga RM7.50. Kalau pergi bazar ramadhan mungkin belanja lebih, dan kena tunggu lebih lama. Dapat pesanan dari dia “berhenti sebelum kenyang”. Alhamdulillah :)

Bank Negara Akan Keluarkan Wang Syiling & Kertas Baru

Bank negara dikatakan akan memperkenalkan wang kertas dan wang syiling baru. Mereka berkata bahawa rekabentuk wang kertas tersebut akan berada di edaran pada awal tahun hadapan. Ini adalah wang kertas siri baru yang kini ditukar selepas 14 tahun. Rekabentuk baru tersebut akan mempunyai ciri-ciri khusus dan ciri keselamatan yang lebih canggih.

Antara wang kertas yang akan mengalami perubahan adalah wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 manakala rekabentuk baru bagi wang kertas RM50 telah pun diperkenalkan sejak 2007 bagi memperingati kemerdekaan Malaysia selama 50 tahun. Wang syiling baru pula diperkenalkan bagi syiling 5 sen, 10 sen, 20sen dan 50 sen.

Bank Negara kini sedang melakukan kerjasama dengan beberapa institusi kewangan perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai bagi memastikan peralihan kepada siri baharu ini berjalan lancar.