Acer akan mengadakan sebuah pelancaran Ultrabook baru dari mereka : Acer Aspire S3. Beberapa hari yang lepas ada join kuiz yang diorang buat untuk pilih 10 orang untuk menghadiri acara tersebut. [Kuiz Acer Aspire 3]

Kuiz tersebut hanya bertanyakan 3 soalan sahaja berkenaan Ultrabook baru dari Acer dan semua jawapannya boleh diperolehi daripada acer.com.my. Alhamdulillah, berjaya dapat satu jemputan ke acara tersebut pada 4 Oktober ini :)

Mungkin akan buat live update pasal event ni di beta.my ataupun akan kemaskini lepas dah balik nanti. Dari laman web acer katanya masa untuk load laptop ni tak sampai 2 saat. Nak tengok sendiri macam mana 4hb ni. Cool update dari amanz [Diskaun RM1000 Acer Aspire S3 untuk 15 pembeli pertama ]