Duit RM50 Baru

Mungkin agak ketinggalan tapi aku baru tau yang rupanya duit 50 ringgit pun ada yang baru. Walaupun sebelum pernah tulis tentang duit syiling dan wang kertas siri 4, tapi apa yang aku tahu duit RM50 yang baru hanyalah yang ada lambang kemerdekaan 50 tahun bercorak bendera di bahagian belakang.

Ada yang kata duit RM50 yang ada lambang kemerdekaan itu, kalau ditukarkan di bank boleh dapat RM80. Tapi itu semua tidak benar selepas diberitahu rakan. Bayangkan kalau RM50 kemerdekaan tu boleh ditukarkan kepada RM80. Tiap-tiap hari cari 10 keping. Sebulan dah dapat RM9000. Kerja cari duit cop merdeka jela..haha

So, pasal duit RM50 baru yang berwarna kuning. Lihat dulu gambar dibawah :

Sebenarnya aku sendiri pun tak nampak lagi duit RM50 baru ni. Tapi mungkin orang ramai boleh nampak duit ni tidak lama lagi sebab ada rakan di facebook yang post pada wallnya duit RM50 baru berwarna kuning ini. Duit RM50 ni dikatakan terdapat banyak ciri-ciri keselamatan yang ditambah.

 

Video Youtube Oleh Swoozie06

Tak ada kerja sangat nak dibuat petang jumaat ni so just online, tengok video on youtube, cari benda menarik. Suddenly bump satu user youtube ni [username : swoozie06] yang buat these cool videos. Ada yang animation and ada yang real life. So, nampak cam menarik, aku pun browse through a few video yang dia dah upload kat youtube.

Lepas tengok 5 video pun still lagi streaming. Video-video yang dia buat memang cool & menarik. Check out satu video kat bawah ni :

Acer Ultrabook Aspire S3 : The Invitation

Acer akan mengadakan sebuah pelancaran Ultrabook baru dari mereka : Acer Aspire S3. Beberapa hari yang lepas ada join kuiz yang diorang buat untuk pilih 10 orang untuk menghadiri acara tersebut. [Kuiz Acer Aspire 3]

Kuiz tersebut hanya bertanyakan 3 soalan sahaja berkenaan Ultrabook baru dari Acer dan semua jawapannya boleh diperolehi daripada acer.com.my. Alhamdulillah, berjaya dapat satu jemputan ke acara tersebut pada 4 Oktober ini :)

Mungkin akan buat live update pasal event ni di beta.my ataupun akan kemaskini lepas dah balik nanti. Dari laman web acer katanya masa untuk load laptop ni tak sampai 2 saat. Nak tengok sendiri macam mana 4hb ni. Cool update dari amanz [Diskaun RM1000 Acer Aspire S3 untuk 15 pembeli pertama ]